Sunday, October 3

kenapa aku buat band?

semakin hari semakin meriah scene muzik tempatan .hampir tiap-tiap minggu ade jek gig yg dianjurkan.bkn satu atau dua gig tapi berpuluh gig yg dianjurkan di seluruh negara baik di penang,ipoh,KL,seremban,kuantan dan johor...ini satu fenomena yg sihat! yela dlm sibuk2 org membicarakan muzik m'sia ni dh mkin nazak dan hampir berkubur, namun dari kaca mata aku relitinya adalah sebaliknya.muzik di m'sia ni tak mati.



selain dari gig yg bertambah,semakin bercambah juga band2 baru yg keluar dgn pelbagai genre muzik.bila tgk flyers berbagai2 name band..band itu la.band ini la..tapi persoalannyer adakah band2 ni benar2 memperjuangkan band dan muzik mereka dgn memperjuangkan muzik dan band mereka dgn jujur atau semata2 mengikut trend semasa yg terkesan dari ledakan trend 'indie' tu sendiri...



aku ada bwat soal selidik dgn rmi individu yg mempunyai band secara rambang. ada yg benar2 jujur dlm apa yg mereka lakukan dan ada juga yg sekadar terpinga2 bila diajukan soalan:"kenapa kau bwat band??". "alaa ktorg bwat band just nk seronok2 jek,dpt awek rmi.hehehe.." . "org lain bwat band kitorg pn nk bwat band jugak.x nk la ketinggalan". "biar nmpk cool bro barulah gempak". "kami nk meriahkan scene muzik tempatan, nk lawan indon". "aku rasa aku ada bakat, and aku nk ekspresikn apa yg aku rasa dgn band aku ni". .



itu antare jwpan yg aku terima dari individu2 yg terlibat.ada yg benar2 ingin memajukan band mereka dan x kurg juga yg sekadar suka2..bila anda dh tau matlamat anda maka akan timbul pula bagaimana hendak mencapai tujuan dan matlamat anda.dlm soal ini,anda perlulah bertanya dgn individu2 atau band2 yg telah berjaya dan juga mereka yg berilmu serta berpengalaman luas dlm bidang muzik dan scene itu sendiri..



satu perkara yg perlu diingat; jgn terlalu cpt berpuas hati, bangga dan sombong kerana apabila sudah timbul tiga sifat ini maka bersedialah utk mengucapkan selamat tinggal kpd matlamat asal anda kerana ianya akan membantutkan kreativiti anda dan merosakkan masa dpn band anda utk kekal lebih lama kerana ego telah mengatasi tujuan asal anda bermain muzik...jadi kpd band2 yg sedang meningkat naik, tetapkan matlamat dan tujuan anda, buangkn sifat ego dan sombong dan jgn mudah berasa bangga diri apabila dijemput utk membuat show di mana2 kerana itu sebenarnya hanyalah langkah permulaan utk meniti tangga2 kejayaan.teruskan usaha...


1 comment: