Thursday, May 19

sama sahaja

kutukan demi kutukan terhadap diri sendiri akhirnya bakal memakan dan membarahkan lebih banyak kekecewaan hingga membawa diri kepada rasa putus asa.

menerima diri sebagai terus gagal dan akan terus terbuang, seterusnya diri akan terus menjauhi masyarakat kerana terasa kerdil dan malu atas kegagalannya semasa di matrikulasi.

tiada apa yang perlu ditakuti atau rasa malu yang melampau sekiranya kita gagal buat pertama, kedua atau ketiga kalinya dalam hidup kita.

itulah diri kita yang harus kita terima kerana jika kita tidak menerima kegagalan dalam hidup sebagai satu cabaran, sukar untuk kita mengorak langkah kembali meneruskan hidup.

"take a step back, to leap further!"

sudah pasti kegagalan di matrikulasi memberi impak dalam pemilihan ke IPTA untuk ke peringkat degree

jadi jangan takut untuk mengambil langkah kebelakang dengan memasuki peringkat diploma kerana anda mungkin akan lebih berjaya dari mereka yang lain!

anda jadikan kegagalan sebagai batu loncatan untuk anda berusaha lebih gigih dalam apa jua bidang yang anda ceburi

sesungguhnya apa yang anda terima itu adalah yang terbaik untuk diri anda. Allah Maha Mengatahui


No comments:

Post a Comment